4.0 Syarat-Syarat Dan Kriteria Permohonan Pinjaman JPA
4.1 Syarat-Syarat Umum
1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan
dibuat;
3) Belum mempunyai Ijazah Pertama;
4) Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar bukan merupakan peminjam/ penjamin tegar
kepada mana-mana skim pinjaman/ biasiswa kerajaan;
5) Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik
pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam mana-mana skim pinjaman
kerajaan;
6) Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak
biasiswa kerajaan;
7) Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman
pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan
dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik
pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
9) Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
No comments:
Post a Comment